Monday, May 18, 2009

.:Memotong Kuku:.

Yesterday, ketika saya sedang menelaah kitab Tafsir Wanita dalam Al-Quran oleh Syeikh Imad Zaki Al-Barudi teringat saya suatu peristiwa di zaman university bersama-sama kawan saya

Pada suatu hari, di pagi yang hening kira-kira pukul 6.45 pagi, sekumpulan pelajar kejururawatan berjalan dengan langkah yang longlai tapi bersemangat (buat2 xthu je dh lambat nk praktikal..huhuh) menuju ke hospital untuk berkhidmat kepada pesakit dengan penuh dedikasi dan dengan rela menyerahkan diri dan telinga kepada clinical instructor untuk di caci, dimalukan dan dimarahi (I’m feel so bad when remember this..This is one of the reason why I lose my confident to be a nurse..sila lihat post 18 May 2009).

Tiba-tiba…

Saya: Alamak kuku x ingat nak potonglah..camne ni…ada sape2 bawak nail clipper x?
Student A: sorry, xde
Saya: student b?
Student B: xbwk jugak..alaa wat rileks jelah..dia (clinical instructor..huh!) xperasannya..
Saya: mintak2lah dia xde terfikir nk check

Tapi ntah tiba2 camne, xigt dg ada sorg kawan tu tiba2 ada terkeluar pasal nenek dia ajar cara potong kuku yg ikut sunnah..tapi telah di sangkal, di bahaskan…sampai nak naik gaduh..huhuhu…klakar betul..the simple thing pun boleh jadi bahan gaduh

So..kepada kawan-kawan sekalian, samada yang terlibat dengan kejadian tu atau tidak, saya terjumpalah bab pasal memotong kuku ni ketika saya menelaah tersebut…panjang intro kn..hehhe…let’s check it..

Imam Asy-Syaukani berkata dalan Nail Al-Authar (1/143) “Imam Nawawi berkata “disunatkan untuk memulakannya daripada kuku kedua-dua tangan sebelum kuku kaki. Maka hendaklah dia memulakannya dengan kuku tangan kanan, dimulakan daripada telunjuknya, lalu jari tengahnya, kemudian jari manis, kemudian kelingking dan yang terakhir adalah ibu jari. Lalu dia memotong kuku tangan kirinya dengan memulakannya daripada kelingking, lalu jari manis, diikuti dengan jari tengah, jari telunjuk dan kemudian ibu jari”

Setelah itu, dia memotong kuku kakinya, denga memulakan daripada kuku jari kelingking daripada kaki kanan dan mengakhirinya dengan kuku jari kelingking daripada kaki kirinya..”

Dan kepada sahabat-sahabat yang suka menyimpan kuku panjang, silalah membuang tabiat anda itu kerana..
Imam Nawawi menegaskan “Bahawa sangat tidak dianjurkan bagi kaum wanita untuk memanjangkan kukunya dan janganlah dia membiarkannnya melebihi daripda empat puluh hari
Perilaku memanjangkan kuku adalah merupakan perbuatan yang menyerupai perilaku ahli kitab dan orang-orang musyrik. Bagi kita semua, dengan tegas sejak awal telah dilarang untuk memanjangkan kuku..

Sekian…semoga dapat manfaat dan segala keraguan dan persoalan dapat dirungkaikan..(^_^)

2 comments:

  1. bukan gaduh tp berbincang dgn rancaknye.bunyi je mcm gaduh.budak2 nursing kan suke buat kecoh..biase ar tuh..hehe..
    rindu nye time g praktikal same2...

    ReplyDelete